Tuesday, October 8, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abhishek Bachchan tidak selesa dipuji

    Amitabh Bachchan, ikon terkemuka dalam dunia perfilman Bollywood, telah mencapai puncak kemasyhuran lebih dari 50 tahun.

    Namun, di sebalik kemasyhuran itu, Amitabh adalah seorang individu yang sederhana, menyayangi keluarga dan anak-anaknya, suka berkongsi pencapaian mereka kepada dunia.

    Sikap ini dapat dilihat melalui tinjauan di media sosial, di mana Amitabh sering memuji film-film yang dibintangi oleh anaknya, Abhishek Bachchan.

    Ketika ini, Abhishek sedang membuat persiapan untuk film Ghoomer, di mana dia memegang watak sebagai pelatih bagi pemain kriket yang lumpuh, yang dibintangi oleh Saiyami Kher.

    Dalam satu wawancara baru-baru ini, Abhishek mengongsikan bahawa dia merasa tidak selesa ketika ayahnya memujinya di khalayak ramai.

    Abhishek Bachchan. – Getty Images

    Hal ini telah membuatnya merasa kekok. Bahkan, ketika Abhishek meminta ayahnya untuk tidak terlalu memuji, respons yang ia terima benar-benar mengejutkan.

    “Dia berkata, ‘Apa salahnya? Saya ini ayah kamu!'” kata suami kepada Aishwarya Rai itu.
    Namun, Abhishek mengakui bahawa dia dapat memahami mengapa ayahnya selalu memberikan pujian.

    Sebagai seorang ayah, setiap kali anaknya, Aaradhya, mencapai sesuatu, Amitabh selalu ingin mengongsikan kepada dunia.

    Kerjaya Abhishek dalam industri hiburan bermula dengan film Refugee pada tahun 2000.

    Namun, namanya melonjak naik setelah dia membintangi film Dhoom pada 2004, yang mencapai kejayaan terbesar. Sejak itu, Abhishek banyak membintangi film, dari drama hingga komedi, dan telah menonjolkan bakat lakonannya yang luar biasa dalam setiap wataknya.

    Tidak sekadar dikenali sebagai seorang aktor, Abhishek juga terkenal dengan sikap rendah hati dan kepribadiannya yang hebat.

    Dia aktif dalam kegiatan filantropi dan sosial, serta terlibat dalam kempen-kempen penting seperti pendidikan anak-anak dan kesamarataan jantina. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda