Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    ABK23 tampil kategori baharu

    KUALA LUMPUR, 31 OKT – Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) bakal tampil dengan kelainan menerusi dua kategori baharu iaitu Pemain Terbaik Piala MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL, dalam acara kemuncak dijadual berlangsung Disember ini.

    Menurut kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini, penambahan dua kategori baharu yang memberi pengiktirafan kepada kejohanan pasukan bawah 23 tahun itu sekali gus menyaksikan 16 kategori bakal dipertandingkan pada edisi kali ini.

    “Seramai 398 daripada 782 pemain disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 untuk disenaraikan sebagai 10 pemain terbaik dalam setiap kategori.

    “Barisan pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing,” menurut kenyataan itu.

    MFL juga berbesar hati apabila dapat menganjurkan ABK23 secara fizikal selepas diadakan secara maya tahun lepas.

    Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada pencapaian diraih pelbagai pihak dalam arena bola sepak Malaysia terutamanya kepada pemain dan jurulatih yang bersaing pada Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

    Kategori lain yang dipertandingkan antaranya ialah Gol Terbaik Liga-M 2023, Anugerah Fair Play, Penjaga Gol Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pasukan Terbaik dan Pemain Paling Bernilai (MVP). – Bernama

    Gambar Majoriti
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...