LONDON, 5 OKT – Penyerang Roma, Tammy Abraham dan pertahanan kiri Chelsea, Ben Chilwell dipanggil skuad England untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia.
Abraham kembali bersama skuad England buat pertama kalinya sejak November 2020 setelah disenaraikan skuad 23 pemain Gareth Southgate yang diumumkan baru-baru ini.
Pemain berusia 24 tahun itu berada dalam prestasi yang baik sejak meninggalkan Chelsea untuk Roma dalam perjanjian AS$ 46 juta pada musim jendela perpindahan Ogos lalu.
Dia telah menjaringkan empat gol dalam 10 penampilan dalam semua pertandingan untuk pasukan Serie A itu, di bawah pengurus, Jose Mourinho. Chilwell juga disenaraikan skuad England berikutan kecederaan yang dialami pertahanan kanan Chelsea, Reece James.
James dikeluarkan semasa perlawanan Chelsea baru-baru ini menentang Manchester City kerana kecederaan buku lali.
Dia terlepas perlawanan Liga Juara-Juara Rabu menentang Juventus di Turin dan perlawanan menentang Southampton. – AFP