Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Abraham sumbang gol kemenangan Roma

    EMPOLI, ITALI, 13 SEPT – Tammy Abraham menjaringkan gol kemenangan ketika Roma menewaskan Empoli 2-1 semalam yang meletakkan mereka satu mata di belakang tiga pasukan teratas Serie A.

    Roma kini berada di tempat kelima di belakang Napoli, Atalanta dan AC Milan selepas Abraham menjaringkan gol hasil daripada hantaran lintang Paulo Dybala dari jarak dekat pada minit ke-71.

    “Kami tahu ia perlawanan yang pasti sukar, kami hadir di sini selepas tewas dua perlawanan, jadi kami meraih tiga mata untuk meningkatkan kembali keyakinan kami. Tetapi kami gembira dengan kemenangan ini,” kata Abraham kepada Sky Sport Italia.

    “Saya perlu terus belajar dan perbaiki prestasi. Saya baru pulih daripada kecederaan, jadi saya masih belum berada pada tahap terbaik tetapi saya gembira untuk menjaringkan gol dan membantu pasukan sebaik mungkin.”

    Pasukan Jose Mourinho melihat satu lagi keputusan kurang baik dua minit sebelum rehat apabila Filippo Bandinelli bertindak balas cemerlang terhadap pertahanan Roma yang longgar dengan menghantar tandukan lintang Petar Stojanovic.

    Empoli yang meledak gol menerusi Martin Satriano dan Jean-Daniel Akpa Akpro dan mencipta peluang selepas Akpa Akpro dibuang padang pada minit terakhir. – AFP

    Aksi Tammy Abraham (kiri) menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Serie A antara Empoli dan Roma, di Empoli, Itali, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...