Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abreu sertai kelab ke-26

    MONTEVIDEO, 28 Dis – Penyerang Uruguay, Sebastian Abreu semalam memecahkan rekod dunia apabila menandatangani kelab ke-26 dalam kariernya dengan menyertai Audax Italiano.

    Pemain berusia 41 tahun itu yang membuat 70 penampilan antarabangsa antara 1996 dan 2012, berpindah ke kelab utama Chile itu selepas meninggalkan kelab divisyen dua, Puerto Montt.

    “Penyerang Uruguay itu memecahkan rekod dunia Guinness bagi pemain yang mewakili kelab paling banyak dalam sejarah bola sepak,” jelas satu kenyataan terbaru kelab berkenaan.

    Abreu menyamai rekod bekas penjaga gol Jerman, Lutz Pfannenstiel yang sudah bersara dengan menyertai 25 kelab apabila dia menyarung jersi Puerto Montt, beberapa bulan lalu.

    Sebastian Abreu dari Uruguay bergembira selepas menjuarai pertandingan El Salvador Apertura menentang Alianza FC pada 18 Disember 2016. – AFP

    “Kami memenangi liga, Piala Chile dan Copa Sudamericana. Ia akan menjadi penyertaan ke-17 saya bersama pasukan di kejohanan CONMEBOL,” katanya menerusi Twitter.

    Abreu turut pernah beraksi untuk kelab Deportivo La Coruna dan Real Sociedad di Sepanyol.

    Sementara itu, detik yang paling diingati adalah apabila dia menjaringkan gol kemenangan yang memukau menerusi sepakan penalti pada separuh akhir Piala Dunia 2010 ke atas Ghana dengan menggunakan teknik sepakan ‘Panenka’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda