Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Abu dolfin kesayangan kembali semula ke habitat asal

    CLEARWATER, FLORIDA – Abu dolfin Winter dikembalikan ke laut pada Khamis, kira-kira dua bulan selepas haiwan mamalia kesayangan dalam filem terkenal ‘Dolphin Tale’ itu mati di sebuah akuarium Florida.

    Anggota kakitangan Akuarium Marine Clearwater melepaskan bekas garam Himalaya yang menyimpan abu Winter ke perairan Teluk Mexico dari belakang bot peronda respons Pengawal Pantai Amerika Syarikat.

    “Dapat mengembalikan Winter ke tempat asalnya merupakan perasaan paling lega di dunia,” kata Kelly Martin, naib presiden akuarium penjagaan haiwan, dalam satu kenyataan. “Matlamat kami di Akuarium Marine Clearwater adalah sentiasa memulihkan kehidupan laut yang diselamatkan supaya haiwan berkenaan dapat kembali ke habitat asal.

    “Dalam kes Winter, begitu juga kes dengan kesemua haiwan yang tidak dilepaskan, ia malangnya tidak sempat melengkapkan kepulangannya ke habitat asal semasa hidup. Namun hari ini, kami berjaya memberikannya langkah terakhir tersebut – kepulangan ke habitat asal.”

    Winter mati pada 11 November pada usia 16 tahun disebabkan masalah usus. Dolfin itu diselamatkan pada Disember 2005 di Pantai Timur Florida selepas ekornya terjerat dalam tali perangkap ketam dan terpaksa dipotong.

    Kisah pemulihan Winter yang sungguh memberangsangkan dengan menggunakan ekor palsu telah menjadi subjek dua filem Dolphin Tale pada tahun 2011 dan 2014, menjadikannya haiwan itu wira kepada orang kelainan upaya dan yang menghidapi penyakit kronik di seluruh dunia.

    Terbang lintas pesawat C-130 oleh Pengawal Pantai AS memulakan upacara di laut diikuti oleh bacaan puisi, kata kakitangan akuarium. Abu dilepaskan oleh Pakar Veterinar Dr Shelly Marquardt. Kelopak bunga ros dan orkid dilepaskan ke perairan Teluk, dan anggota kakitangan meniup gelembung, menghormati salah satu aktiviti kegemaran Winter.

    Akuarium Marin Clearwater akan terus menghormati warisan Winter dengan satu tapak peringatan, pengalaman realiti maya dan pembiayaan untuk melindungi sokongan terhadap akuarium itu. – AP

    Dolfin Winter berenang dalam sebuah tangki di Clearwater, Florida. – AP
    Kelly Martin (kiri) dan Dr Shelly Marquardt melepaskan abu dolphin Winter ke perairan Teluk Mexico dari belakang bot Pengawal Pantai AS di pantai Clearwater, Florida. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda