Tuesday, March 4, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    AC Milan dibelasah Lazio di San Siro

    MILAN, 3 MAC – AC Milan semakin merosot dalam krisis selepas tewas 2-1 kepada Lazio semalam, hasil penalti Pedro pada minit kelapan masa kecederaan, di hadapan penyokong yang marah di San Siro.

    Pedro dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti untuk membawa Lazio ke tangga keempat dan ke zon Liga Juara-Juara, satu mata di hadapan Juventus yang akan menentang Verona pada malam ini.

    Bekas penyerang Sepanyol itu diberikan peluang untuk menjaringkan gol kemenangan selepas penjaga gol Milan, Mike Maignan, menjatuhkan Gustav Isaksen, hanya beberapa minit selepas jaringan penyamaan Samuel Chukwueze pada minit ke-85 kelihatan memberikan Milan satu mata yang tidak layak diperoleh mereka.

    Sebaliknya, pasukan kendalian Sergio Conceicao terus merosot di tangga kesembilan selepas persembahan hambar di tempat sendiri, yang menyaksikan Milan beraksi dengan 10 pemain lebih 20 minit selepas Strahinja Pavlovic dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Isaksen.

    “Ia bukan tempoh yang mudah buat kelab, para pemain dapat merasakan segala yang berlaku di sekeliling mereka,” beritahu Conceicao kepada DAZN.

    Mattia Zaccagni sebelum itu menjaringkan gol ke-10 musim ini dalam semua pertandingan pada minit ke-28, yang seolah-olah menjadi penentu kemenangan Lazio, namun Pedro muncul sebagai penyelamat pasukan di saat akhir. – AFP

    Pedro Rodriguez meraikan jaringan gol kedua pasukannya menentang AC Milan di Stadium San Siro, Milan, pada 2 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda