Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    AC Milan, Leipzig mara ke peringkat seterusnya

    PARIS, 3 NOV – AC Milan mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam sembilan tahun awal pagi tadi menerusi kemenangan 4-0 mengatasi Salzburg, manakala RB Leipzig juga mara selepas menewaskan Shakhtar Donetsk.

    Paris Saint-Germain pastinya menjadi pasukan yang mahu dielakkan juara kumpulan pada undian kelompok 16 terakhir Isnin ini selepas tersingkir daripada Kumpulan H walaupun menang 2-1 di Juventus berikutan Benfica menewaskan Maccabi Haifa 6-1, sekali gus mendapat tempat pertama dengan gol yang lebih banyak.

    Juara tujuh kali Eropah, Milan sedar satu mata sudah cukup untuk membawa mereka ke kelompok 16 terakhir sejak musim 2013-14 selepas tersingkir pada peringkat kumpulan musim lalu.

    “Malam seperti inilah yang kami harapkan,” kata jurulatih Milan, Stefano Pioli kepada Sky Sport.

    “Kami mahu menunjukkan bahawa kami sudah meningkat berbanding Liga Juara-Juara musim lalu. Kami kini bercita-cita tinggi, jadi mari kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.”

    Skuad Pioli mengatasi rasa gementar di San Siro dalam tempoh 14 minit apabila Olivier Giroud menanduk masuk gol pertama.

    Kepulangan Milan ke peringkat kalah mati disahkan pada awal babak kedua selepas Giroud menanduk hantaran buat Rade Krunic yang mengatasi Philipp Kohn di gawang Salzburg.

    Giroud menambah jaringan keduanya sebelum sejam perlawanan yang menyebabkan penyokong meraikannya dengan meriah dan Junior Messias menambah namanya dalam senarai penjaring pada masa tambahan. – AFP

    Aksi Olivier Giroud (kanan) ketika dalam perlawanan antara AC Milan dan RB Salzburg di stadium San Siro, Milan, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...