Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AC Milan menjadi tuan rumah kepada Torino

    ITALI, 10 FEB – AC Milan berharap kepulangan Zlatan Ibrahimovic akan membantunya mengatasi masalah yang menyedihkan apabila menjadi tuan rumah kepada Torino, pasukan yang menyingkirkannya daripada Piala Itali bulan lalu.

    Ibrahimovic, 41, tidak bermain sejak menjalani pembedahan lutut pada Mei tetapi mungkin berada di bangku simpanan ketika menentang Torino.

    Milan tidak menang dalam tujuh perlawanan dan tumbang kepada kekalahan keempat berturut-turut pada ahad lalu, menentang Inter Milan dalam perlawanan derbi.

    Juara bertahan itu terkandas ke tangga keenam dalam perebutan tempat Liga Juara-Juara.

    Milan menjadi tuan rumah Tottenham apabila Liga Juara-Juara musim ini yang bersambung minggu depan. Torino hanya tewas satu perlawanan liga sejak kekecewaan piala itu dan ia telah melonjakkan pasukan itu ke tangga ketujuh, lapan mata di belakang Milan. – AP

    Aksi pemain AC Milan, Olivier Giroud (kiri) bertembung dengan pemain Inter Milan, Milan Skriniar (kanan) semasa perlawanan bola sepak Serie A antara Inter Milan dan AC Milan di Stadium San Siro, di Milan, Itali, Ahad lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda