MILAN, 30 DIS – Paulo Fonseca telah dipecat oleh AC Milan, kenyataan yang disahkan oleh jurulatih itu hari ini ketika dia meninggalkan stadium San Siro berikutan keputusan seri 1-1 dengan Roma.
“Ya, memang benar. Saya keluar meninggalkan pasukan,” kata Fonseca kepada pemberita apabila dia menurunkan cermin keretanya. “Itulah kehidupan. … Saya melakukan segala yang saya mampu,” tambahnya.
Milan dijangka mengumumkan berita itu hari ini dan melantik Sergio Conceicao, seorang lagi jurulatih Portugal, sebagai pengganti Fonseca.
Milan seterusnya akan menentang Juventus dalam separuh akhir Piala Super Itali di Arab Saudi Jumaat ini.
Fonseca telah dilantik sebagai jurulatih pasukan itu Jun lalu dan hanya meraih 12 kemenangan dalam 24 perlawanan.
Milan menghuni tangga kelapan dalam Serie A, menyusuli pendahulu Atalanta dan Napoli dengan 14 mata – jauh lebih teruk daripada keputusan tempat kedua yang diperoleh di bawah jurulatih sebelumnya, Stefano Pioli, musim lalu. – AP