Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AC Milan terlepas peluang rebut kedudukan empat teratas

    MILAN, 14 MAC – AC Milan terkandas dalam perlumbaan Serie A untuk slot Liga Juara-Juara kelmarin selepas membenarkan Salernitana yang bergelut meninggalkan San Siro dengan keputusan seri 1-1.

    Juara Milan mampu menyamakan kedudukan dengan Inter Milan yang mengutip 50 mata di tangga kedua tetapi kekal di tangga keempat selepas Boulaye Dia menyamakan kedudukan pada minit ke-61 selepas Olivier Giroud menanduk masuk bola pada separuh masa pertama.

    Gol liga kelapan Giroud musim ini hadir hanya beberapa saat selepas penjaga gol, Mike Maignan menafikan gol pembukaan Dia untuk Salernitana dengan terjahan hebat di tepi kotak.

    Pasukan Stefano Pioli kemudiannya dinafikan peluang untuk kembali mendahului dari sepakan penalti pada pertengahan babak kedua apabila pengadil, Federico La Penna membatalkan keputusannya sendiri untuk memberikan sepakan penalti kerana kesalahan Domagoj Bradaric terhadap Ismael Bennacer.

    Guillermo Ochoa kemudian melakukan dua aksi menyelamat cemerlang untuk menafikan percuban Divock Origi dan Alessandro Floren-zi, di mana aksi menyelamat kedua digagalkan tepat di garisan gol.

    Keputusan seri Milan adalah berita baik buat Inter yang tewas mengejut kepada pesaing Salernitana, Spezia pada Jumaat lalu.

    Inter mungkin ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu liga, Napoli, tetapi tiada pesaing mereka untuk baki tiga tempat dalam empat teratas menang hujung minggu ini.

    Hanya tiga mata memisahkan Inter dan Roma di tempat kelima, dengan Atalanta lima mata di belakang keenam selepas dikalahkan oleh Napoli pada petang Sabtu.

    Sementara itu, Salernitana kekal di tangga ke-16 tetapi mengekalkan jurang tujuh mata antara mereka dan Verona, yang berada di dalam zon penyingkiran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda