Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    AC Milan teruja sambut kepulangan Ibrahimovic

    ROM, 27 FEB — Tendangan voli daripada Theo Hernandez membawa kepada gol pembukaan, sementara Zlatan Ibrahimovic membuat penampilan sulung dan penjaga gol, Mike Maignan kembali selepas lima bulan berehat semasa kemenangan memberangsangkan AC Milan 2-0 ke atas Atalanta dalam liga Itali semalam.

    Kemenangan itu melonjakkan juara bertahan Serie A itu berdasarkan mata yang sama dengan Inter Milan di tempat kedua, yang tewas 1-0 di Bologna, 18 mata di belakang pendahulu Napoli.

    Hernandez membuka jaringan pada pertengahan babak pertama di San Siro dengan rembatan jarak jauh yang memantul dari tiang kemudian terkena penjaga gol Juan Musso di belakang sebelum masuk ke gawang sendiri.

    Milan mencipta beberapa lagi peluang sebelum Junior Messias akhirnya melepaskan rembatan ke atas Musso yang berlari ke gawang kosong.

    Ibrahimovic masuk pada minit ke-74 dan pada usia 41 dan 146 hari menjadi pemain Milan tertua yang mengatasi rekod yang ditetapkan oleh Alessandro Costacurta pada 41 tahun dan 25 hari.

    Ibrahimovic menjalani pembedahan lutut kirinya pada Mei, manakala Maignan mengalami kecederaan betis kirinya pada September.

    Atalanta gagal melakukan satu rembatan ke gawang dan kekal di tempat keenam, enam mata di belakang kelab Milan. – AP

    Pemain AC Milan, Theo Hernandez meraikan gol pertama pasukannya semasa perlawanan bola sepak Serie A antara AC Milan dan Atalanta, di Stadium San Siro, Milan, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda