Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Acap S menangis tidak menang ‘KNKV Viral Award’

    Personaliti media sosial Malaysia, Acap S meluahkan rasa sedih apabila gagal membawa pulang trofi bagi kategori Best National Comedy Influencer di malam kemuncak KNKV Viral Award 2024 yang berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

    Memetik laporan mStar, Acap atau Mohammad Asraf Jaafar, 29, yang pertama kali nama tercalon dalam majlis anugerah berkata beliau tidak mampu mengawal perasaan apabila tewas kepada rakannya iaitu Ryan Bakery.

    Meletak harapan tinggi untuk menang, Acap berkata kemenangan itu juga diidamkan oleh ibunya yang kini sedang berdepan masalah kesihatan.

    “Sejak beberapa tahun lalu, kesihatan ibu semakin merosot. Pada malam anugerah KNKV dia menonton di rumah dan mengharap agar saya bawa pulang trofi berkenaan. Namun impian tersebut tidak tercapai.

    “Saya menangis mengenangkan perkara itu memandangkan ahli keluarga lain turut mengharapkan perkara yang sama. Saya juga terkilan kerana tidak dapat menghadiahkan kemenangan itu kepada isteri dan peminat yang mengundi,” katanya kepada mStar.

    Selain Acap dan Ryan ketegori tersebut tiga lagi nama yang tercalon adalah We Xiang Tan, Ikhmal Nour dan Imran Bard.

    Dalam pada itu, Acap berkata beliau turut berbangga apabila semakin banyak anugerah dan pengiktirafan diberikan kepada pempengaruh media sosial sepertinya.

    Ia secara tidak langsung membuatkan dirinya lebih bersemangat menghasilkan kandungan media sosial yang mampu memberi impak tersendiri kepada pengikut.

    “Saya gembira apabila nama Ryan diumumkan sebagai pemenang tapi dalam masa yang sama bersedih dengan kekalahan sendiri. Ini merupakan penampilan pertama saya ke dalam industri hiburan tanah air.

    “Ini merupakan pengalaman pertama saya bersama dengan barisan influencer tanah air dalam acara berkenaan, itu sudah cukup menggembirakan,” ujarnya.

    Acap yang sebelum pernah bergelar pelakon turut menyimpan hasrat meneruskan kerjaya dalam bidang tersebut dan terbuka untuk menerima mana-mana tawaran.

    “Kalau ada tawaran berlakon memang saya mahu kembali aktif memandangkan itu memang sudah menjadi minat sejak dahulu. Saya mahukan watak kelakar kerana itu memang minat sejak dahulu,” jelasnya. – Agensi

    Acap S ditemani isteri ketika hadir ke KNKV Viral Award 2024. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...