BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Acara Flora and Fauna Super Trail Challenge Run 2019 yang kedua tajaan Skechers Brunei di Tasek Lama anjuran Pasukan Sef Runner yang dipimpin oleh Sefli Anak Ahar, baru-baru ini menyaksikan penyertaan lebih 260 peserta.
Dalam Kategori Terbuka Lelaki, Awang Samsul Zamri mendapat tempat pertama, Haji Jupli bin Haji Pangis mendapat tempat kedua dan Haji Busu bin Haji Nubin mendapat tempat ketiga.
Bagi kategori Terbuka Wanita, tempat pertama ialah Kathryn Deuerlein diikuti oleh Tho Siaw Khim di tempat kedua dan Ame Ord mendapat tempat ketiga.
Sementara itu, Haji Mohd Azmi dinobatkan sebagai pemenang Kategori Lelaki Veteran diikuti oleh Awang Mohd Hanisan di tempat kedua dan Haji Hassan meraih tempat ketiga.
Bagi Kategori Veteran Wanita, Airine Liam mendapat tempat pertama, diikuti oleh Dayang Siti Fatimah di tempat kedua dan Dayang Rosita binti Haji Aman mendapat tempat ketiga.
Bagi Kategori Pasukan Campuran, tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Romantik yang dianggotai oleh Awang Othman bin Mustapha dan Cecilia Maksimon, Team Luntau yang dianggotai oleh Awang Mohd Anta Adilah bin Zailani dan Dayang Alfa Abdullah mendapat tempat kedua.
Sementara itu, Team Tri Troopers yang dianggotai oleh Dayang Marnie Ahmad dan Awang Muhammad Akram bin Mohd Akbal meraih tempat ketiga.
Selain cabaran larian, acara kali ini juga menawarkan para peserta cabutan bertuah bagi memeriahkan Flora and Fauna Super Trail Challenge Run.
