Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara anugerah kakitangan pentadbiran dan sokongan

    Seramai 17 ahli kakitangan pentadbiran dan sokongan dari Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dengan bangganya menerima Anugerah Pencapaian baru-baru ini daripada pengetua JIS, Nicholas Sheehan.

    Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengiktiraf kakitangan dengan prestasi dan sumbangan cemerlang untuk tahun akademik 2018 sehingga 2019, perkhidmatan dan komitmen yang lama kepada sekolah.

    Acara yang diadakan di sekolah tersebut dihadiri oleh semua JIS Senior Leadership Team. Anugerah ini telah dibahagikan kepada empat kategori, iaitu Anugerah Persembahan Terbaik Tahun ini, Anugerah Kumpulan Terbaik, Anugerah kakitangan Berkhidmat Paling Lama, iaitu selama 15 tahun hingga 20 tahun.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan turut memberikan ucapan bahawa betapa pentingnya anugerah ini dalam memberikan pengiktirafan dan nilai-nilai kesemua kakitangan dalam memainkan peranan untuk menyokong pendidikan yang holistik kepada pelajar-pelajar di JIS.

    JIS memberikan kepercayaan kepada kakitangannya dengan meningkatkan kemahiran mereka. Seramai 40 orang kakitangan pentadbiran JIS menghadiri kursus selama dua hari, iaitu pada tujuh dan lapan Ogos bertemakan Vital Skills for Administrative Staff yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi KCOM di Kuala Lumpur, Davidson Abishegam.

    Tujuan kursus diadakan sebelum ini adalah untuk memberikan peluang kepada kakitangan dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, menetapkan matlamat dan memperbaiki kerja berpasukan.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan menyampaikan Anugerah Persembahan Terbaik kepada Hyen Seem Chong.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda