Monday, May 5, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara berbasikal, kempen semarakkan Hari Keluarga 2025

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Rumah Perancangan Negara (RPN) Panchor Kawasan 3 (1) telah mengadakan Ekspedisi Santai Berbasikal dan kempen kebersihan sempena Hari Keluarga 2025 yang diadakan di Pantai Muara, hari ini.

    Hadir menyertai acara-acara berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Acara berkenaan dianjurkan melalui Pemangku Ketua Kampung, Awang Mohammad Hilmy bin Haji Ahmad, selaku pengerusi acara dan selaku Duta Kesihatan 2025 di bawah program Heal Environment and Lifestyle, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

    Antara lain tujuan acara itu adalah bagi mempromosikan gaya hidup sihat serta meningkatkan keyakinan diri yang lebih aktif sejajar dengan seruan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Kesihatan.

    Ekspedisi dan kempen kebersihan itu melibatkan kakitangan kerajaan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), ahli keluarga, penduduk-penduduk kampung dan penggemar-penggemar berbasikal di seluruh negara tanpa had peringkat umur.

    Dalam acara ekspedisi berbasikal, peserta memulakan kayuhan dari Pantai Muara menghala ke Pantai Serasa dan berakhir di Pantai Muara, dengan jarak perjalanan ekspedisi sejauh 15 kilometer.

    Manakala kempen kebersihan tertumpu di Pantai Muara yang melibatkan warga KHEDN, ahli-ahli MPK, ahli keluarga, orang ramai dan sukarelawan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin menyertai kempen kebersihan pantai, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN MPK RPN PANCHOR KAWASAN 3
    GAMBAR SERAHAN MPK RPN PANCHOR KAWASAN 3
    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam acara berbasikal. – GAMBAR SERAHAN MPK RPN PANCHOR KAWASAN 3

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda