Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara berbasikal rangsang pelancongan

    WINDHOEK, 29 Nov – Perlumbaan lumba basikal gunung, Nedbank Desert Dash Namibia, meliputi laluan sejauh 369km dijangka akan merangsang industri pelancongan, menurut pegawai yang berkaitan dengan perlumbaan itu.

    Perlumbaan itu dijangka berlangsung pada 7 dan 8 Disember dan akan menyaksikan 1,000 orang peserta dari seluruh dunia, yang cuba menghadapi laluan berbatu itu antara Windhoel dan Swakopmund.

    Jurucakap bandaran Waskopmund, Aili Gebhardt berkata acara itu memberikan tumpuan cerah pada bandar pesisir itu dan Namibia secara keseluruhannya, mempromosikan destinasi pelancongan yang menarik serta sebagai tumpuan pelancongan bagi pengalaman pengembaraan hebat.

    Menurut Gebhardt, ia dianggarkan bahawa acara itu telah menghasilkan sekurang-kurangnya 20 juta dolar Namibia (AS$1.4 juta) sebagai keuntungan tambahan bagi ekonomi negara itu, dari penerbangan, penyewaan kereta, perkhidmatan kesihatan dan aktiviti pelancongan lain.

    Pegawai eksekutif Persatuan Hospitaliti Namibia, Gitta Paetzold, berkata perlumbaan itu telah menjadi antara acara pelancongan dan penggembaraan sukan yang penting dalam kalender negara itu.

    “Perlumbaan itu tidak hanya menarik pelumba basikal tempatan, tetapi telah merekodkan peningkatan pada jumlah peserta antarabangsa dalam beberapa tahun ini seperti yang terbukti dalam jumlah pendaftaran 2018, di mana peserta dari lebih 14 buah negara mengambil bahagian,” tambahnya.

    Menurut Nedbank, lebih daripada 60 peratus daripada 1,000 peserta yang tidak sabar menyahut cabaran itu adalah peserta tempatan, disertai oleh 311 peserta Afrika Selatan dan 69 penunggang basikal dari 12 buah negara lain, termasuk Jerman, Austria, Kanada, AS, Perancis dan Luxembourg. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda