Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Acara berbasikal trek sumbang emas kedua M’sia

    HANGZHOU, 24 OKT – Pelumba berbasikal trek para Malaysia, Nur Suraiya Muhammad Zamri mempamerkan kayuhan bertenaga dalam perlumbaan akhir ujian masa 1,000 meter (m) untuk menghadiahkan pingat emas kedua di Sukan Para Asia Hangzhou 2022, di sini hari ini.

    Bergandingan dengan jurumudi, Farina Shawati Mohd Adnan, Nur Suraiya menamatkan saingan kategori wanita B dengan catatan masa 1 minit 13.434 saat (s).

    Lebih manis, pingat perak turut disambar oleh gandingan senegara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais-Nur Suhada Zainal pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Pusat Sukan Chun’ An Jieshou.

    Nur Azlia Syafinaz pula merakam masa 1:14.083s untuk mengetepikan pelumba China, Wang Linhua yang terpaksa berpuas hati dengan gangsa menerusi catatan 1:14.787s.

    Sementara itu, acara 1,000m ujian masa lelaki B turut menyumbang pingat perak menerusi gandingan Mohd Khairul Hazwan Wahab dengan masa 1:05.740s.

    Pingat emas menjadi milik pelumba China, Luo Fei dengan masa 1:04.321s dan gangsa diraih pelumba Iran, Heidarabadi Mohammad Dalir dengan masa 1:06.343s. – Bernama

    Pelumba berbasikal trek para Malaysia menghadiahkan pingat emas kedua negaranya di Sukan Para Asia Hangzhou 2022 di China kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...