Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara berbuka puasa erat silaturahim

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Dengan matlamat mengeratkan hubungan silaturahim dan menyantuni kesejahteraan serta kebajikan Rakan Seliaan (RS), Aftercare Support Association (AFSA) mengadakan majlis berbuka puasa bersama RS di Kiulap, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan AFSA, majlis yang dihadiri oleh seramai 15 RS itu bermatlamat untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menggalakkan komunikasi efektif dalam kalangan RS serta menyantuni kebajikan dan kesejahteraan mereka.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Ketua Kampung Sengkarai Tutong, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan.

    Turut hadir ialah Yang Di-Pertua AFSA, Hajah Juhana binti Haji Mohd Jaya, para pegawai dari Pusat Reintegrasi, rakan-rakan strategik AFSA dan ahli-ahli Jawatankuasa AFSA.

    Majlis dimulakan dengan bertahlil dan Doa Kesyukuran dan diteruskan dengan penyampaian barang-barang keperluan asasi bagi kegunaan pada bulan Ramadan dan Hari Raya.

    Menurut Timbalan Yang Di-Pertua AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri, majlis serupa itu merupakan salah satu strategi menyantuni, memeduli, mengeratkan silaturahim sesama RS dan pegawai-pegawai AFSA dan rakan- rakan strategik yang lain.

    Beliau berharap supaya pihak berkepentingan akan mengambil inisiatif serupa itu bagi sama-sama membantu RS supaya mereka dapat menjadi masyarakat yang berguna dan bertanggungjawab.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz, Hajah Juhana, Haji Mustapa dan jemputan khas bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN AFSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda