Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, lebih 100 orang daripada keluarga besar Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim telah menyertai acara perlawanan boling bertempat di Utama Bowling, baru-baru ini.
Aktiviti tersebut dianjurkan oleh Pengiran Mohammad Abdul Rauf bin Pengiran Bakar dan disertai lebih 40 orang peserta yang dibahagikan kepada sembilan kumpulan.
Semasa acara tersebut, sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu kategori berpasukan, perseorangan dan peraduan pakaian atau jersi pasukan terbaik.
Bagi kategori berpasukan, acara dimenangi oleh Pasukan Binjai yang meraih 2,004 mata. Manakala naib juara dimenangi oleh Pasukan Jambu dengan mengutip 1,956 mata dan tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Kembayau dengan mengutip 1,937 mata. Hadiah bagi kategori berpasukan disampaikan oleh Pengiran Hajah Fatimah binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Muda Haji Hashim.
Sementara itu bagi kategori perseorangan, acara dimenangi oleh Pengiran Fathul Islam yang mewakili Pasukan Mempalam yang mengumpul 590 mata.
Manakala naib juara disandang oleh Pengiran Mohammad Abdul Rauf, wakil daripada Pasukan Manggis dengan mengutip 506 mata dan tempat ketiga dimenangi oleh Pengiran Muhammad Abdul Malik daripada Pasukan Kembayau dengan mengutip 489 mata. Hadiah bagi ka-tegori tersebut disampaikan oleh Pengiran Haji Zulkipli bin Pengiran Haji Salleh.
Bagi kategori pakaian pasukan terbaik dimenangi oleh Pasukan Manggis dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Dayangku Hajah Saadiah binti Pengiran Muda Haji Hashim.
Turut menyampaikan hadiah bagi acara tambahan bagi kategori berpasukan kanak-kanak ialah Hajah Rosni binti Haji Metali dan diakhiri dengan acara bertukar-tukar cenderahati sesama ahli keluarga.
Aktiviti tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim sambil riadah bersama keluarga selain untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti sukan.
