Saturday, September 14, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara Boling erat silaturahim PEKERTI, BAKTI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Acara boling muhibah anjuran Badan Sukan, Perkumpulan Kebajikan Isteri Dan Keluarga Polis (PEKERTI) kelmarin telah diadakan bertempat di Golden Bowling, Airport Mall, Berakas.

    Acara yang disertai oleh ahli-ahli PEKERTI dan Badan Kebajikan Isteri-isteri Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (BAKTI) itu dihadiri oleh tetamu kehormat, Datin Ummisyafinah binti Haji Zaini, isteri kepada Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), selaku Yang Di-Pertua BAKTI.

    Turut hadir ialah Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, isteri kepada Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pesuruhjaya Polis, selaku Yang Di-Pertua PEKERTI.

    Acara boling muhibah ini bertujuan untuk menggalakkan ahli-ahli PEKERTI dan BAKTI untuk bersuai kenal dan mengeratkan lagi silaturahim antara mereka.

    Gambar ramai peserta yang mengikuti acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPBD

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda