Sunday, December 15, 2024
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara Brisk Walk erat silaturahim warga JPI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 DIS – Jabatan Pengajian Islam (JPI) petang kelmarin mengadakan aktiviti riadah Brisk Walk di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dalam usaha menggalakkan pengamalan gaya hidup yang aktif dan sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.

    Turut serta di acara tersebut, Penolong Pengarah (Perkhidmatan Korporat), Jabatan Pengajian Islam, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haslinah Susanti binti Haji Mohammad Hassan.

    Acara berkenaan turut dihadiri oleh penolong-penolong pengarah, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit, para pegawai dan kakitangan JPI.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah dan diikuti dengan senaman ringan sebelum disambung dengan aktiviti Brisk Walk.

    Tujuan acara diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan warga jabatan.

    – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda