Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara cabutan bertuah, pertunjukan kucing ditunda

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Acara cabutan bertuah dan pertunjukan kucing yang dirancang diadakan di Pusat Belia semasa Ekspo Keusahawanan pada 23 hingga 25 Disember akan ditunda kepada 25 hingga 31 Disember depan di tempat berlainan, di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan).

    Pertukaran tempat dan tarikh berkenaan telah diumumkan oleh Shin Catlover selaku penganjur acara tersebut yang menawarkan seekor anak kucing.

    Wakil penganjur, Dayang Safrina binti Musa menjelaskan kepada media bahawa Ekspo Keusahawanan telah dibatalkan dan beliau terpaksa berpindah ke Ekspo Salebration yang akan diadakan di Kompleks Yayasan bagi tidak menghampakan orang ramai.

    Dalam cabutan bertuah semasa pertunjukan itu nanti, seorang pemenang bertuah akan berpeluang untuk memenangi seekor anak kucing baka domestic long-hair, keturunan Persian Himalayan berusia tiga bulan dalam cabutan bertuah.

    Selain hadiah utama yang unik itu, Shin Catlover juga menyediakan hadiah-hadiah lain berupa barang keperluan kucing. Dayang Safrina juga mengalu-alukan orang ramai bukan sahaja datang untuk menyaksikan pertunjukan kucing malah menyertai pertunjukan tersebut dengan membawa kucing masing-masing.

    Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai pertunjukan tersebut hanya dengan membeli tiket masuk bernilai $2.

    Menurutnya lagi, apa juga jenis kucing yang ingin dipertunjukkan pada pertunjukan kucing ini nanti adalah dialu-alukan tanpa mengira baka dan jenisnya namun hanya 20 lebih slot sahaja yang disediakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda