Saturday, September 14, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara Hari Keluarga Sabo meriah

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 27 OGOS – Lebih 150 ahli keluarga yang terdiri daripada empat generasi telah hadir ke Kelab Rekreasi Liang Lumut (LLRC) bagi memeriahkan acara Hari Keluarga Sabo, baru-baru ini.

    Kebanyakan ahli keluarga tersebut adalah keturunan Haji Malai Othman bin Haji Malai Damit, di samping itu ia juga dihadiri oleh ahli keluarga jauh bukan sahaja untuk meluangkan masa berkumpul tetapi juga bagi mempelajari tentang warisan dan sejarah keluarga mereka yang bermula daripada Syed Ahmad.

    Bercakap sebagai salah seorang ahli keluarga, Sharifah Marianah binti Haji Malai Othman menjelaskan bahawa acara itu diadakan buat kali keempat secara berkala sejak 10 tahun lalu.

    “Perasaan saya bercampur-baur apabila melibatkan majlis-majlis keluarga seperti ini yang boleh menjalinkan hubungan keluarga, lebih-lebih lagi apabila hadir ke majlis keluarga yang seterusnya. Tetapi Alhamdulilah, hari ini kita dapat melihat ramai anak-anak Malai Othman di sini serta keturunan mereka.”

    Beliau melahirkan rasa gembira apabila melihat semua yang terlibat dapat berkumpul sebagai sebuah keluarga, sambil menantikan banyak permainan, aktiviti, makanan dan minuman yang disajikan sepanjang acara itu.

    Ahli keluarga yang hadir bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara aktiviti yang diadakan semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    Antara yang menarik dalam perhimpunan itu ialah pengedaran buku yang memperincikan sejarah bukan sahaja Haji Malai Othman tetapi kisah datuk mereka, Tuanku Syed Ahmad, yang dikarang oleh Malai Hassan bin Haji Malai Othman.

    Malai Hassan berkata bahawa menulis buku mengenai sejarah keluarganya adalah salah satu impiannya, kerana ia merupakan pengembaraan ke akar umbi keluarga yang dipenuhi dengan cerita dan fakta yang menghubungkan warisan mereka yang luar biasa.

    “Cerita itu hanya tertumpu pada tahun 1995 dan ia tidak meliputi perjalanan hingga ke hari ini. Saya ingin mengupas legasi baharu dan berterusan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kami serta menjelaskan beberapa maklumat dan cerita yang diterbitkan sebelum ini dengan bercakap dengan beberapa orang tua kami yang masih bersama kami,” jelas Malai Hassan.

    Oleh yang demikian, banyak kisah yang ditulis dalam buku bertajuk Legenda Dinasti Malai: Kisah Berani Tuanku Syed Ahmad berkisarkan tentang perjalanan Tuanku Syed Ahmad dari Ta’if, Arab Saudi ke Brunei.

    “Kami telah mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, antaranya Tarsilah Keturunan Tuanku Syed Ahmad oleh Allahyarham Dato Paduka Malai Haji Ahmad Murad bin Syed Haji Mashor, buku sejarah Kimanis – Kimanis Negeri Tua Tanah Keramat oleh Baszley Bee Awang Basrah, Eko Prayitno Joko, Zainuddin Baco diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sabah, serta Wikipedia dan keratan akhbar Sabah Times dari 1960,” ujarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda