Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara keagamaan semarak pentas perayaan

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 27 JULAI – Acara pentas perayaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun bagi Daerah Tutong, baru-baru ini, terus disemarakkan dengan beberapa acara berkonsepkan kesenian Islam sebagai santapan rohani bukan hanya bagi para pengunjung malam perayaan bahkan juga golongan penjaja.

    Salah satu pengisian bagi acara berkenaan adalah Malam Persembahan Tausyeh anjuran Sri Nirwana dengan menampilkan Kumpulan Al-Munawwar.

    Sementara itu, pada malam kelmarin, pentas perayaan berkenaan telah disajikan de-ngan tiga segmen persembahan merangkumi alunan selawat, tausyeh, qasidah dan lagu-lagu dakwah yang dikendalikan oleh Kumpulan Dhiyaul Iman menerusi Malam Qasidah dan Selawat.

    Soalan kuiz untuk orang ramai turut menjadi penyeri acara malam perayaan tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada kedua-dua acara yang berlangsung di kawasan lapang berhadapan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai, Daerah Tutong.

    Beliau berpendapat bahawa acara-acara keagamaan sedemikian perlu diperkasakan lagi dari semasa ke semasa kerana ia secara tidak langsung dapat mendidik jiwa kita untuk terus mengingati Allah SWT dan mengamalkan zikir-zikir harian sebagaimana yang dituntut dalam agama suci kita.

    ATAS & BAWAH : Kumpulan Al-Munawwar mengetengahkan persembahan mereka semasa acara berkenaan. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda