Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara keagamaan semarak Ramadan

    Oleh Sim Y. H.

    Gambar oleh JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Sempena bulan Ramadan yang mulia dan berkat, Cawangan Operasi ‘E’, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) Daerah Tutong mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Tahlil dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Balai Bomba Bukit Beruang, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘E’, Penguasa Kanan Bomba Mohd Yudieswandy bin Bakar. Turut hadir ialah pegawai-pegawai dan anggota serta kakitangan awam.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Doa Khatam, Tahlil dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh ABKD 912 Mohd Hafiz bin Mohd Azanisham.

    Sementara itu, di Daerah Belait, Cawangan Operasi ‘B’ telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di Balai Bomba Kuala Belait, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hari ini, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pemangku Penolong Pengarah Operasi, Awang Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya.

    Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘B’, Awang Muhd Shahreeni bin Haji Mohd Yussof, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta kakitangan JBP.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ahli Bomba Kelas Dua 731 Mohd Hardi bin Haji Mohammad Tasdi. Majlis diakhiri dengan menunaikan Solat Fardu Maghrib berjemaah bersama jemputan yang hadir.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti keagamaan untuk meningkatkan amal ibadah dalam bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah bagi meraih dan mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT.

    Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah yang berlangsung di Balai Bomba Kuala Belait.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda