Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara keagamaan sempena Jubli Emas MDPMAMB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB) hari ini mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat Berjemaah, Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran bersempena dengan Sambutan Jubli Emas MDPMAMB.

    Majlis yang diadakan di Pusat Pembelajaran dan Perkhidmatan Pelajar itu dihadiri oleh mantan Pengetua MDPMAMB (2004-2008), Haji Muhd Masa Masdi bin Haji Muhd Sa’idun, selaku tetamu kehormat.

    Majlis turut dihadiri oleh Superintenden 1 Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Haji Huzaimi bin Haji Moksin; Pengetua MDPMAMB, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah, wakil daripada Persatuan Ibu Bapa Guru, pensyarah dan penuntut-penuntut Tingkatan Enam Bawah.

    Acara dimulakan dengan solat Sunat Hajat yang dipimpin oleh Warden Asrama MDPMAMB, Haji Mohd Arriffen bin BPKDP Haji Abdul Wahid. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Yasin yang dibacakan oleh Pengerusi Majlis Pelajar Islam, Awangku Aiman bin Pengiran Shahmirul Kamal, manakala Doa Kesyukuran dibacakan oleh Pensyarah Usuluddin dari Jabatan Pengajian Islam, Haji Mohd Shafiee bin Haji Japar.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian anugerah penghargaan kepada tetamu kehormat oleh pengetua MDPMAMB.

    Acara tersebut merupakan salah satu daripada siri sambutan bagi memperingati legasi 50 tahun kolej berkenaan sebagai institut tingkatan enam terkemuka dan sumbangan berterusannya kepada negara.

    Majlis keagamaan tersebut menjadi detik yang bermakna untuk renungan dan penyatuan bagi warga MDPMAMB ketika mereka memulakan sambutan sepanjang tahun bagi meraikan lima dekad kecemerlangan akademik, akhlak, dan kerohanian.

    Antara yang hadir semasa Majlis Solat Sunat Hajat Berjemaah di MDPMAMB. – GAMBAR SERAHAN MDPMAMB
    Suasana semasa bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN MDPMAMB
    Solat Sunat Hajat dipimpin oleh Haji Mohd Arriffen. – GAMBAR SERAHAN MDPMAMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda