Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Majlis Khatam Al-Quran bagi Pegawai dan Kakitangan Seksyen Kenderaan, Seksyen Bengkel dan Unit Perkhidmatan Pengangkutan Sampah Bahagian Pemuliharaan dan Kenderaan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan telah diadakan di Masjid Kampung Belimbing, Subok, hari ini.
Majlis seumpama ini merupakan antara aktiviti jabatan bagi sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Haji Ali bin Matyassin.
Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan majlis khatam dan takhtim serta Doa Khatam. Majlis juga dimeriahkan dengan laungan Dikir Marhaban dan bacaan Doa Selamat.
