Friday, February 21, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara kibar bendera semarak sambutan Hari Kebangsaan

    Oleh Sim Y. H. –

    TUTONG, 19 FEB – Sebagai usaha untuk menyemai semangat cintakan negara dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41, 2005, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Panggal dan Kampung Luagan Dudok, Tutong, mengadakan Acara Mengibarkan Bendera Kebangsaan yang berlangsung di Pusat

    Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Tutong pada 16 Februari lalu.

    Acara dihadiri oleh Penghulu Mukim Keriam, Haji Joharry bin Haji Abdul Karim, selaku tetamu kehormat.

    Pada majlis berkenaan, Ketua Kampung Bukit Panggal dan Kampung Luagan Dudok, Awang Mohammad Dandarawi Haji Nasar menyerahkan bendera kebangsaan kepada Haji Joharry yang kemudiannya menyerahkan bendera kepada ketua pasukan untuk menaikkan bendera di majlis berkenaan.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian lagu patriotik, Berkibarlah Bendera dan Laungan Negara Merdeka daripada ahli MPK Kampung Bukit Panggal dan Kampung Luagan Dudok.

    Majlis diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Haji Joharry menyerahkan bendera kebangsaan kepada ketua pasukan untuk dinaikkan di majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN MPK BUKIT PANGGAL DAN KAMPUNG LUAGAN DUDOK
    Haji Joharry semasa menghadiri majlis yang berlangsung di Pusat Kemasyarakatan Kampung Luagan Dudok, Tutong baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN MPK BUKIT PANGGAL DAN KAMPUNG LUAGAN DUDOK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda