Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara larian separuh maraton dilancar

    Oleh James Kon –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Edisi keenam acara yang dinanti-nantikan, Larian Borneo Separuh Maraton, telah dilancarkan secara rasmi semalam dalam satu majlis khas yang diadakan di Tarindak D’ Polo, Royal Brunei Polo and Riding Club.

    Selepas lima edisi berjaya dianjurkan di Kuala Belait, perlumbaan kali ini dijadual berlangsung pada 17 Ogos depan, di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Majlis pelancaran disempurnakan oleh tetamu kehormat, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, serta disaksikan oleh wakil-wakil penaja dan rakan acara yang turut hadir.

    Edisi tahun ini menawarkan dua kategori perlumbaan kompetitif dan satu larian santai sejauh 3 kilometer: Separuh Maraton 21km dan Larian 10km, dengan hadiah wang tunai ditawarkan kepada tiga peserta lelaki dan wanita terpantas bagi setiap kategori.

    Semua peserta yang telah mendaftar akan menerima pek perlumbaan yang mengandungi baju rasmi acara, nombor bib dan pingat penamat.

    Selain itu, semua peserta 21km yang menamatkan perlumbaan dalam had masa empat jam akan turut menerima baju penamat khas.

    ATAS & BAWAH: Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada para penaja. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Haji Mohd Rosfadzilah hadir selaku tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda