Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara riadah Mukim Telisai galak gaya hidup sihat

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 2 FEB – Bagi memupuk semangat kekeluargaan dan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Telisai bersama majlis-majlis perundingan kampung di bawah Mukim Telisai, telah mengadakan acara keluarga dan komuniti, Sung Nio Jati Li Mukim Telisai di kawasan lapang berdekatan Masjid RPN Bukit Beruang, hari ini.

    Sung Nio Jati Li Mukim Telisai yang membawa erti Maritah Kitani ke Mukim Telisai itu dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan; Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri serta penghulu dan ketua kampung di Daerah Tutong.

    Antara pengisian acara termasuk sesi pemanasan badan, riadah berbasikal sejauh 26 kilometer dan acara berjalan kaki santai sejauh tiga kilometer.

    Acara itu turut dimeriahkan dengan pelbagai acara sukan ria, perlawanan mengopek sabut kelapa tua, permainan kikik dan gerai jualan oleh penjaja tempatan.

    Menerusi acara berkenaan, MPM Telisai berharap ia dapat mewujudkan jiwa bersatu padu dalam kalangan penduduk mukim serta meningkatkan gaya hidup sihat dan menjana pendapatan sampingan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa mengadakan kunjungan ke gerai jualan semasa berlangsungnya acara tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Mengopek sabut kelapa antara salah satu aktiviti menarik yang dipertandingkan semasa acara Sung Nio Jati Li Mukim Telisai atau Maritah Kitani ke Mukim Telisai, kelmarin. Acara riadah itu dianjurkan untuk memupuk semangat kekeluargaan dan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Orang ramai yang hadir turut tidak melepaskan peluang memanfaatkan hujung minggu bersantai bersama ahli keluarga dan sahabat handai pada acara tersebut. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Riadah berbasikal sejauh 26km. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda