Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), baru-baru ini, telah mengadakan acara Sneakers X Rollerblades yang dihasratkan untuk menarik penggemar kasut sneakers dan atlet sukan kasut roda untuk memeriahkan lagi suasana ibu negara.
Acara yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Yayasan itu dianjurkan bersama Sutera Momento dan turut disokong oleh komuniti kasut roda tempatan.
Sneakers X Rollerblades secara khusus bertujuan untuk membawa budaya kasut sneakers ke arus perdana dan kasut roda kembali.
Turut memeriahkan acara tersebut ialah kemunculan vendor-vendor tempatan seperti The Snkrhub, 82cartbn, Shoemo, Thirteen Style, Inline Skate, Ril Skate, 2pie.bn, Diltrailcoffee dan Options.
Pada masa yang sama, acara Among Us Weekend dan Kolektor Market turut berlangsung di tempat dan waktu yang sama di mana ketiga-tiga acara berkenaan berjaya mengumpulkan lebih 30 vendor keseluruhannya.