Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara STJ PGGMB Lambak tingkat keusahawanan pelajar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Dalam usaha untuk meningkatkan dan memperkasakan minat murid dalam bidang keusahawanan, sains dan bumi, Sekolah Tunas Jaya (STJ) PGGMB Lambak mengadakan Hari Triple E +1 Day yang berlangsung di STJ PGGMB Lambak, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan acara keusahawanan sekolah berkenaan ialah Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Turut hadir bersama ialah Timbalan Yang Di-Pertua PGGMB, Cikgu Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad; Pengerusi Tetap PGGMB, Hajah Hanipah binti Haji Apong; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), Haji Yahya bin Haji Mirasan; Guru Besar STJ PGGMB Kuala Belait, Cikgu Fazziah binti Kamis; Guru Besar STJ PGGMB Sungai Akar, Cikgu Maswati Airin Patrah binti Ahmad; Guru Besar Sekolah PGGMB Madang Cikgu Suriyamah binti Ali; Penyelia Taman Asuhan PGGMB, Cikgu Siti Rabiah binti Haji Mantin dan para Guru, ibu bapa dan penjaga murid serta murid-murid sekolah.

    Majlis diisikan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Sekolah, koir dan persmbahan nyanyian dari Pra 1, Kelas 1, pameran eksperimen pelbagai aktiviti dari KG 1 hingga 6 dan hasil-hasil kreativiti daripada usahawan muda sekolah berkenaan.

    Dalam kata alu-aluannya, Cikgu Noridah binti Abdullah berkata bahawa sambutan Triple E + 1 Day merupakan sambutan Hari Keusahawan murid-murid sekolah sebagai platform untuk mengetahui kemahiran dan tatacara membuka perniagaan yang betul dan terancang.

    Manakala Hari Sains dan Bumi juga sangat signifikan kepada kehidupan para murid di mana mereka perlu mengetahui dan mempelajari kepentingan sains dengan membuat pelbagai eksperimen secara kritis.

    Hari Bumi juga amatlah penting dipelajari oleh para murid supaya dapat menghayati dan menghargai feadah dan kepentingan bumi dalam kehidupan generasi kini.

    Sambutan itu juga diselajurkan dengan Hari Ulang Tahun ke-35 Tahun STJ PGGMB Lambak yang jatuh pada 1 Ogos yang lalu. Sambutan memberikan kenangan yang signifikan kepada guru-guru dan murid-murid yang terdahulu dan masa kini di mana sekolah berkenaan STJ PGGMB Lambak telah banyak menghasilkan individu yang berjaya termasuk para pendidik, doktor, usahawan dan arketik.

    Mengulas mengenai acara berkenaan, Haji Mustapa berkata acara itu dapat mengetengahkan nilai kreativiti dan inovasi pendidikan dalam eksperimen yang dicipta oleh para murid dari Kg 1 hingga Tahun 6.

    Beliau menyatakan harapan supaya perkara seperti itu akan dapat dilaratkan di sekolah- sekolah PGGMB yang lain supaya dapat mencungkil kemahiran, kreativiti, permikiran kritis dan penggunaan teknologi.

      Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda