Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara sukan ria disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Jerudong B dan MPK Jerudong A dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara kelmarin mengadakan acara sukan ria sempena Hari Keluarga yang berlangsung di Pantai Siandang, Jerudong.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim, yang turut menyertai acara brisk walk sebelum menandatangani tugu Pantai Siandang.

    Sejurus selepas itu, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak turut beramah mesra bersama para vendor Tamu Ria, melawat pameran tunjuk cara masakan tradisi, menyaksikan permainan gasing serta meninjau pelbagai acara sukan padang.

    Semasa acara berkenaan beliau turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sukan serta pemenang cabutan nombor bertuah.

    Sesi bergambar ramai semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir semasa acara Hari Keluarga yang berlangsung di Pantai Siandang, Jerudong. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Pengiran Muhammad Ameer Mubarak menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang semasa acara berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bergambar ramai bersama yang hadir semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda