Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acara Sukan Ria Kampung Panchor Murai meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Kampung Panchor Murai telah mengadakan Acara Sukan Ria di Padang Sekolah Rendah Panchor Murai hari ini.

    Acara yang disertai oleh para penduduk di kampung berkenaan bertujuan memberikan penekanan terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

    Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan, baik dari peringkat kanak-kanak mahupun peringkat veteran.

    Beberapa aktiviti telah disediakan untuk semua peringkat umur, antaranya acara larian bagi kanak-kanak, makan tembikai terpantas, memanah dan dart.

    Acara berkenaan merupakan inisiatif para penduduk Kampung Panchor Murai yang disasarkan untuk diadakan pada setiap tahun yang diharap menjadi saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni dan integriti individu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik sekali gus melahirkan individu-individu yang dapat membawa negara kepada hala tuju yang lebih baik.

    Antara acara makan tembikai terpantas bagi kanak-kanak yang diadakan di Padang Sekolah Rendah Panchor Murai.
    – GAMBAR SERAHAN WAQIUDDIN RAJAK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda