Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Acara sukan terima sambutan menggalakkan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah menganjurkan Fun Day Bola Jaring, kelmarin, di mana dalam acara itu dihadiri oleh beberapa buah pasukan dan kelab bola jaring dari pelbagai kategori berkumpul di kampus sekolah berkenaan.

    Pertandingan tersebut dibahagikan kepada lima kategori umur iaitu bawah 10 tahun (B-10), bawah 11 tahun (B-11), bawah 13 tahun (B-13), bawah 15 tahun (B-15) dan bawah 19 tahun (B-19).

    Selain kumpulan dari JIS, beberapa kumpulan lain turut menyertai acara itu yang termasuk COT Belait, Sekolah DES, Sekolah Hornbill, Sekolah Antarabangsa Brunei, Sekolah Panaga, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Rendah Panaga dan Sekolah Seri Mulia Sarjana.

    Acara tersebut turut dimeriahkan dengan menampilkan pelbagai seni dan kraftangan daripada artis tempatan yang menjual produk eksklusif seperti aksesori buatan tangan, hiasan rumah, karya seni dan banyak lagi.

    Selain itu, terdapat penglibatan daripada peniaga makanan seperti Jus Boost, Casbah London Kebab, Coffee Bean & Tea Leaf, The Fork, FWings, The Potato Habit, Serenity by Berqat Foods, Sugar & Spice, Two Sons Coffee dan Zorbas.

    Di samping itu, pelajar JIS turut mendirikan beberapa gerai untuk mengumpul dana bagi inisiatif rasmi sekolah, seperti Projek Borneo.

    JIS akan menganjurkan Fun Day Bola Jaring seterusnya pada tahun akademik baharu, dengan harapan untuk mengalu-alukan lebih ramai pasukan bagi menyertai dan terlibat dalam acara tersebut.

    Aksi semasa salah satu pertandingan bagi kategori B-15. – GAMBAR SERAHAN JIS
    Juara bagi kategori B-19 bergambar ramai dengan pingat yang dimenangi mereka. – GAMBAR SERAHAN JIS

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...