Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – GHK Motors Sdn Bhd baru-baru telah mengadakan acara sungkai di sebuah hotel dengan menjemput pihak pengurusan dan wakil jualan dan pemasaran dari Baiduri Finance Berhad, BIBD At-Tamwil Berhad, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan ahli-ahli media.
Acara tersebut memberikan peluang untuk menggalakkan komunikasi terbuka dan mengeratkan hubungan silaturahim yang sedia ada antara GHK Motors dengan rakan-rakan perbankan serta menyampaikan penghargaan kepada ahli media atas sokongan mereka terhadap GHK Motors melalui liputan meluas untuk semua cawangan GHK iaitu Mitsubishi, Daihatsu, Perodua, Maxus, MG, Chrysler, Jeep, GAC Motor dan Changan.
Hadir selaku tetamu khas ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh; Pengurus Jualan, Jason Chai; Pemasaran Digital, Siraaj Rosanan; Pemasaran Digital, Awang Asri bin Haji Abu Bakar dan banyak lagi.
