BELAIT, 13 JULAI – Lebih 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Sekolah St James, Kuala Belait, berjalan merentasi Pekan Kuala Belait sebagai sebahagian daripada acara Walkaton kelmarin.
Pemangku pengetua sekolah, Joseph Beriso Sarmiento, mengalu-alukan para peserta yang terdiri daripada pelajar serta guru, ibu bapa dan penjaga dalam acara tahunan sekolah berkenaan dengan menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan acara sedemikian.
“Hari ini, kami sertai acara untuk memberi impak dalam membuat perubahan positif kepada komuniti. Walkaton ini lebih daripada aktiviti berjalan yang biasa yang mana ia adalah mengenai komuniti, belas kasihan dan usaha kolektif,” ujarnya.
Bagi tujuan itu, pemangku pengetua menyatakan bahawa sebahagian perlaksanaan acara akan digunakan untuk membantu pusat SMARTER Brunei.
“Dengan sokongan daripada sifat penyayang ibu bapa dan penjaga yang menyertai acara kami hari ini, kami berterima kasih atas sokongan dalam membantuu anak-anak membesar dan membangun sebagai pemimpin masa depan negara.”
Selepas ucapan beliau, acara diteruskan dengan sesi memanaskan badan dan taklimat keselamatan oleh salah seorang guru iaitu Mohammad Ibnurrafiq bin Ariffin.
Para pelajar kemudian beransur-ansur meninggalkan sekolah untuk berjalan di sepanjang laluan yang ditetapkan melangkah ke arah gaya hidup sihat dan menyokong pembangunan masyarakat.

Semua di atas: Antara suasana semasa acara berkenaan.