Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Acara walkaton erat hubungan silaturahim

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV – Lebih 70 orang penduduk Kampung Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Sungai Buloh (Bukit Sibanging) telah menyertai acara Walkaton anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) STKRJ Sungai Buloh, hari ini.

    Walkaton sejauh 1.5 kilometer itu turut disertai oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat yang juga Pemangku Penghulu Mukim Kianggeh dan Ketua Kampung Subok.

    Acara berkenaan diadakan bagi meningkatkan kesedaran gaya hidup sihat dengan penuh ceria dan mengeratkan jalinan silaturahim, perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan penduduk kampung berkenaan.

    Pelepasan peserta walkaton bermula dan berakhir di kediaman Ketua Kampung STKRJ Sungai Buloh-Bukit Sibanging, A Hamidun bin Mohd Daud.

    Yang Berhormat Awang Lawi bersama antara peserta yang hadir semasa walkaton berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...