Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Accrington sahut cabaran Leeds United Piala FA

    LONDON, 25 JAN – Pasukan divisyen tiga, Accrington Stanley bakal bertemu Leeds pada pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Boreham Wood 1-0 kelmarin.

    Jaringan melalui penalti oleh Tommy Leigh pada masa tambahan dalam perlawanan ulangan pusingan ketiga membawa Accrington untuk mara ke pusingan 32 terakhir Piala FA buat kali keempat.

    Shaun Whalley dikasari pada minit ke-97 dan Leigh mencatatkan gol sekali gus menempah pertemuan menentang pasukan Liga Perdana, Leeds.

    Leeds bakal menempuh kesukaran apabila berkunjung ke Accrington pada hari Sabtu kerana kelab Yorkshire itu telah mengalami pelbagai kekalahan mengejut Piala FA dalam beberapa tahun kebelakangan.

    Crawley, Newport, Sutton dan Rochdale semuanya telah menumbangkan Leeds dalam dekad yang lalu.

    Pengurus Leeds, Jesse Marsch berada di tempat duduk peminat di Accrington untuk menyaksikan pasukan Liga Satu itu bergelut mengatasi saingan Liga Kebangsaan mereka.

    Boreham Wood berharap untuk menjadi pasukan bukan liga pertama yang membuat pusingan keempat dalam musim berturut-turut setelah 37 tahun.

    Tetapi Lee Ndlovu terlepas peluang terbaik mereka, meninggalkan pasukan Liga Kebangsaan Wrexham sebagai satu-satunya kelab yang tinggal dalam Piala FA musim ini dari luar divisyen empat teratas. Wrexham bakal berdepan dengan pemburu kejuaraan, Sheffield United pada pusingan keempat pada Ahad. – AFP

    Aksi pemain Accrington Stanley cuba merampas bola ketika menentang Boreham Wood yang berkesudahan kemenangan 1-0 menyebelahi Accrington dalam Piala FA. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...