Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ACE anjur forum perniagaan tenaga ASEAN

    JAKARTA, 28 JULAI – Pusat Tenaga ASEAN (ACE) dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia akan mengadakan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN tahunan di Bali dari 24 hingga 26 Ogos.

    Bertemakan Accelerating Energy Connectivity to Achieve Sustainable Growth of ASEAN sejajar dengan visi Kepemimpinan Indonesia untuk menjadikan ASEAN sebagai hab pertumbuhan ekonomi serantau dan global.

    Pengarah Eksekutif ACE, Dr Nuki Agya Utama berkata forum itu akan memupuk kerjasama membabitkan pihak berkepentingan dalam sektor itu, termasuk perniagaan, kerajaan negara anggota ASEAN dan ahli akademik.

    “Bersama-sama, kita boleh menangani isu berkaitan tenaga kritikal seperti teknologi, bekalan, keselamatan dan kemajuan,” katanya dalam satu kenyataan bersama.

    Beliau menegaskan bahawa keselamatan tenaga memerlukan perhatian segera bagi mengelakkan potensi ketidakstabilan dalam kalangan negara anggota ASEAN.

    “Memanfaatkan tenaga lestari tidak seharusnya terhad kepada sumber tenaga baharu dan boleh diperbaharui. Sebaliknya, meneroka tenaga nuklear yang selamat dan berdaya maju juga harus menjadi topik perbincangan,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...