Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Acha Septriasa dedah sebab sering pengsan

    Pelakon Acha Septriasa (gambar) mendedahkan dia selama ini hidup dengan hanya memiliki satu buah pinggang sahaja.

    Menurut Acha, 33, dia menyedari hal tersebut ketika berusia 18 tahun setelah melakukan pemeriksaan.

    “Sejak kecil lagi saya hanya memiliki satu ginjal sahaja. Saya tahu hal tersebut selepas melakukan pemeriksaan MRI pada usia 18 tahun.

    “Apabila diperiksa doktor, ternyata kosong pada bahagian ginjal sebelah kanan,” katanya dalam satu temu bual di saluran Youtube, Ngobrol Asix. Disebabkan keadaan itu, pelakon filem Heart ini akui sering pengsan di lokasi penggambaran akibat terlalu penat.

    “Saya sudah mula berlakon pada usia 15 tahun. Selama terlibat dengan penggambaran saya selalu pengsan akibat terlalu penat,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...