Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acha Septriasa empat bulan hamil anak sulung

    PELAKON popular Indonesia, Acha Septriasa membawa khabar gembira apabila mengumumkan mengenai kehamilannya.

    Menurut sumber dipetik dari portal Liputan 6, Acha mengaku usia kehamilannya kini memasuki bulan keempat. Hal tersebut disahkan oleh Acha semasa menghadiri sebuah majlis di Kota Jakarta. “Alhamdulillah, kandungan sihat. Sudah masuk 15 minggu. Kami tak kisah jantina anak, asalkan ia sihat,” kata pelakon filem My Heart ini.

    Walau bagaimanapun, Acha tak mahu terlalu berbicara mengenai kehamilannya. Suaminya, Vicky Kharisma, menyatakan sokongan terhadap karier isterinya meskipun Acha sedang hamil.

    Acha Septriasa bersama suaminya, Vicky.
    Acha Septriasa bersama suaminya, Vicky.

    “Saya tak halang Acha untuk terus berkarya dan akan terus menyokongnya. Memang ini minatnya sejak dulu lagi, iaitu memajukan karya-karya filem Indonesia.

    “Meskipun sedang hamil, Acha bercita-cita untuk sambung pengajian dan mengajar anak muda Indonesia yang meminati dunia seni lakonan,” ujar Vicky.

    Terdahulu, Acha dan Vicky telah bernikah pada 11 Disember 2016 di Jakarta, Indonesia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda