Pelakon asal Indonesia, Acha Septriasa sah bercerai dengan suaminya sejak Mei lalu.
Keputusan cerai talak satu terhadap Acha ditetapkan oleh Mahkamah Agama Jakarta Pusat pada 19 Mei lalu selepas Vicky Kharisma gagal gadir ke sesi perbicaraan yang telah ditetapkan.
Difahamkan pelakon berkenaan telah memfailkan permohonan cerai pada 12 Disember tahun lalu, menurut laporan mStar.
Dalam masa sama Acha juga diminta untuk membayar wang berjumlah kira-kira RM600 untuk tebus talak.
Untuk rekod Acha dan Vicky bernikah pada 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 8 tahun. – Agensi


