Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ACHM FT juara bola sepak veteran 11 sepasukan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Pasukan ACHM FT berjaya menjuarai Liga Bola Sepak Jemputan Empat Penjuru 11 Sepasukan anjuran ahli Jawatankuasa Pasukan Veteran ACHM FT yang berlangsung di Padang Dewan Kemasyarakatan Bengkurong, kelmarin.

    Dalam kejohanan tersebut, PAGUMA FT muncul naib juara, diikuti SF VET FC di tempat ketiga, manakala pasukan VML FT menduduki tempat keempat.

    Kejohanan itu bukan sahaja bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan pemain, tetapi turut mempromosikan kesihatan yang konsisten dalam kalangan warga veteran.

    Pasukan ACHM FT bergambar ramai selepas dinobatkan sebagai juara Liga Bola Sepak Jemputan Empat Penjuru 11 Sepasukan.– GAMBAR SERAHAN PASUKAN VETERAN ACHM FT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda