Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur

    KUALA LUMPUR, 20 FEB – Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga selepas kelab dari China, Shandong Taishan FC menarik diri semalam.

    Berdasarkan kemas kini terbaharu di laman web rasmi kejohanan hari ini, skuad Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio itu naik satu anak tangga daripada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata selepas beraksi tujuh perlawanan.

    Juara Piala AFC 2015 dan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas sekali.

    Dua kelab Jepun, Yokohama F. Marinos dan Kawasaki Frontale berada di kedudukan dua teratas dengan masing-masing mengumpul 18 dan 15 mata.

    Melengkapkan kedudukan lapan pasukan teratas, sekali gus layak ke pusingan 16 kejohanan itu adalah Gwangju FC dari Korea Selatan, Vissel Kobe (Jepun), Buriram United (Thailand) serta wakil China, iaitu Shanghai Shenhua FC dan Shanghai Port FC.

    Mengikut format pertandingan, JDT dijadual menentang Buriram United dalam aksi pusingan 16 yang dijalankan secara timbal balik pada Mac ini. – Bernama

    JDT merakam empat kemenangan, dua seri dan tewas sekali. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda