Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Acropolis Athens ditutup setengah hari kerana panas melampau

    ATHENS, 17 JULAI – Tempat tarikan pelancong yang paling banyak dikunjungi di Greece, Acropolis Athens ditutup pada waktu paling panas hari ini, kata pihak berkuasa ketika gelombang panas mencengkam negara itu.

    Pelancong-pelancong tidak akan dapat melawat Parthenon dan karya-karya purba lain di atas tapak arkeologi yang disenaraikan UNESCO antara tengah hari dan 5 petang waktu tempatan (0900-1400 GMT), kata kementerian kebudayaan.

    Penutupan terhad itu – yang kedua diumumkan dalam tempoh lebih sebulan – dibuat ketika perkhidmatan cuaca negara Greece meramalkan suhu melebihi 43 darjah Celsius di beberapa bahagian negara itu.

    Gelombang panas paling awal di Greece memaksa Acropolis ditutup untuk waktu paling panas sepanjang hari selama dua hari berturut-turut pada Jun lalu. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda