ATHENS, 9 JULAI – Gelombang haba ketiga tahun ini mendorong suhu mencecah 42 darjah Celsius di Greece.
Buah kali tahun ini, Acropolis di Athens ditutup pada waktu tengah hari bagi melindungi pelancong dan kakitangan daripada terik matahari. Menurut Kementerian Kebudayaan, penutupan berkuat kuasa dari 1 tengah hari hingga 5 petang, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kementerian Buruh turut mengambil tindakan susulan suhu tinggi dengan melarang kerja fizikal luar di kawasan terjejas teruk antara 12 tengah hari hingga 5 petang. Larangan itu meliputi kerja pembinaan dan pertanian.
Perkhidmatan penghantaran makanan dan kopi menggunakan motosikal juga perlu diberhentikan sementara, kecuali penghantar menggunakan kenderaan berhawa dingin. – Bernama
