Thursday, May 15, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ada kesayuan di sebalik senyuman anak yatim

    Oleh Jailani Hasan

    LABUAN – Ketika melihat teman sebaya menarik-narik baju ibunya meminta untuk dibelikan seluar baharu, anak yatim mungkin hanya mampu menggulung-gulung baju sendiri dengan jari telunjuk.

    Saat melihat jiran seusianya jatuh basikal dan ayahnya cepat-cepat membantunya berdiri semula, anak yatim hanya mampu memerhati sahaja kerana jangankan didukung ayah, jatuh basikal pun mungkin tidak pernah kerana tidak pernah memilikinya.

    Tidak seperti insan lain yang masih ada kedua-dua ibu dan ayah dan masih berkesempatan untuk bermanja-manja dengan ayah, anak yatim, jangankan bermanja, untuk menyebut perkataan “ayah” pun mungkin belum pernah kerana ayah telah lama pergi buat selama-lamanya.

    Apa lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini hanya kesedihan dan kesayuan yang dirasai insan-insan ini ketika bangun bersahur dan menjelang senja untuk berbuka puasa tanpa ayah tempat bermanja.

    Bagi tiga anak yatim yang mendiami Kompleks Anak Yatim dan Asnaf Darul Kifayah Wilayah Persekutuan Labuan di sini, adalah satu penafian sekiranya tidak pernah bersedih ketika Ramadan tiba.

    Mohd Nazrul Rosli yang berasal dari Sipitang, Sabah sedih ketika ditemu bual oleh wartawan Bernama baru-baru ini. Nazrul sering menangis mengenangkan bapanya terutamanya sebelum tidur. – Bernama

    “Saya sentiasa sayu dan sebak mengalirkan air mata setiap kali mengingatkan gurau senda ayah ketika dia masih ada bersama kami sekeluarga. Semalam sebelum tidur, saya menangis tiba-tiba ingat ayah.

    “Saya tiba-tiba ingat ayah masa bersahur dan bersungkai (berbuka puasa) dengan ayah…saya hanya mampu menahan kesayuan dalam hati.

    “Emak sudah berumur dan tidak bekerja hanya mendapat upah sebagai pembantu gerai makanan termasuk mencuci piring dan itupun kalau ada yang meminta bantuan,” kata seorang anak yatim, Mohd Nazrul Rosli, 14, yang berasal dari Sipitang, Sabah, kepada Bernama dalam satu temu ramah khas Ramadan Aidilfitri di Kompleks Anak Yatim dan Asnaf Darul Kifayah Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

    Anak bongsu daripada lima beradik, Nazrul kehilangan ayah ketika baru berumur 10 tahun (Tahun 4 di sekolah rendah), dan dari saat itulah sehingga kini dia tidak lagi pernah memanggil ayah untuk sesuatu yang diinginkannya.

    Ayahnya ketika masih hidup bekerja sebagai juruteknik bagi menampung kehidupan sekeluarga dan meninggal dunia akibat serangan jantung.

    Saya masih ingat melihat ayah longlai terbaring di rumah dan cuba dibantu oleh pekerja hospital.

    “Ingatkan ayah hanya pengsan, tetapi, selepas beberapa kali bantuan pernafasan, ayah disahkan meninggal dunia di hadapan kami semua,” katanya dengan mata berair.

    “Selepas beberapa lama ayah meninggal, saya cuba kuatkan hati seperti mana emak ajarkan.

    “Saya tahan hati sahaja setiap kali melihat kawan-kawan di sekolah diambil ayah mereka setiap kali habis sesi persekolahan…saya kuatkan hati agar tidak menangis di hadapan rakan lain, tapi sebenarnya saya sedih,” katanya sambil mengusap air mata yang membasahi pipinya.

    Dengan linangan air mata Nazrul meneruskan luahan hatinya, sambil berkata, bantuan pelbagai pihak termasuk sekolah dan jawatankuasa masjid sedikit sebanyak meringankan beban keluarga termasuk membeli baju raya setiap bulan Ramadan sejak kehilangan ayah.

    “Selepas balik ke Sipitang untuk beraya dengan emak dan kakak abang, saya akan ziarah kubur ayah,” katanya mengakhiri perbualan.

    Nazrul adalah antara 15 anak yatim yang ditempatkan di kompleks berkenaan dengan tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan dan disekolahkan di SMK Labuan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/