Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Ada masa nyawa-nyawa ikan juga’

    Pelakon Malaysia iaitu Rita Rudaini tidak pernah mendabik dada apabila menghantar dua anak lelakinya ke sekolah swasta sebaliknya ingin memberikan pendidikan terbaik buat mereka.

    Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata, dia tidak kisah berhabis demi memberikan peluang kepada anak-anak memperoleh pengalaman menimba ilmu di tempat lebih baik dan selesa.

    “Susah payah saya berbaloi bila saya berikan pendidikan terbaik dan selesa untuk anak-anak. Bukan nak berlagak bagi sekolah private tapi saya tak pernah rasa masa kecil. Apa salahnya saya tengok anak-anak saya merasa.

    “Memang belanja agak besar untuk saya tanggung semuanya seorang diri tapi saya tempuh juga dalam keadaan struggle dan ada masa nyawa-nyawa ikan jugalah,” katanya dalam laporan mStar.

    Rita berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Rita mendedahkan sepanjang pandemik COVID-19 dia terpaksa menggunakan segala wang simpanan bagi meneruskan kehidupan disebabkan tidak mempunyai sebarang tawaran berlakon.

    Mengakui bukan mudah bergelar ibu tunggal, pelakon filem Mami Jarum itu juga berkongsi dirinya sudah tidak mengenal erti penat dalam membesarkan anak-anak seorang diri.

    Tambah Rita, dalam tidak sedar anak-anak yang dijaga sendirian sejak kecil itu kini sudah membesar dengan baik di depan matanya sendiri.

    “Ibu tunggal macam saya ini tak tahulah bila kali terakhir perkataan penat dan letih keluar dari mulut dan bila kali terakhir menangis kepenatan,” ujarnya. – Agensi

    Rita terharu melihat anak-anak membesar di depan mata. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...